Pergi ke kandungan

Mohamed Khaled Nordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamed Khaled Nordin

SPMJ (Johor); SIMP (Pahang); SMIJ (Johor); SPMP (Perak); PNBS (Sarawak); DSPN (PP); SMJ, PSI (I), PIS (II) (Johor)
Menteri Pertahanan Malaysia
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Adly Zahari
Didahului oleh Mohamad Hassan
Menteri Pendidikan Tinggi
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Noraini Ahmad
Digantikan oleh Zambry Abdul Kadir
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 14 Mei 2013
Didahului oleh Mustapa Mohamed
Digantikan olehMuhyiddin Yassin
Idris Jusoh
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kota Tinggi, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Halimah Mohamed Sadique
Majoriti8,390 (PRU-15)
Naib Presiden UMNO
Memegang jawatan
19 Mac 2023
Berkhidmat dengan
Wan Rosdy Wan Ismail
Johari Abdul Ghani
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehIsmail Sabri Yaakob
Mahdzir Khalid
Dalam jawatan
30 Jun 2018 – 18 Mac 2023
Berkhidmat dengan
Ismail Sabri Yaakob
Mahdzir Khalid
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal
Pengerusi
Boustead Holdings Berhad[1]
Dalam jawatan
1 Mei 2020 – 5 Ogos 2021
Didahului olehLodin Wok Kamaruddin
Digantikan olehMohd Redzuan Md Yusof
Menteri Besar Johor
Dalam jawatan
14 Mei 2013 – 10 Mei 2018
RajaSultan Ibrahim
Didahului olehAbdul Ghani Othman
Digantikan olehOsman Sapian
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk N43 Permas
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Didahului olehMunusamy Mareemuthu
Digantikan olehChe Zakaria Mohd Salleh
Majoriti5,752 (PRU-13)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pasir Gudang, Johor
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Normala Abdul Samad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Johor Bahru
Dalam jawatan
1990–2004
Didahului oleh Shahrir Abdul Samad
Digantikan oleh Shahrir Abdul Samad
Butiran peribadi
Lahir (1958-11-30) 30 November 1958 (umur 65)
Muar Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Rosni Omar
Anak-anakAkmal Saufi Mohamed Khaled
IbuMarina Shukri
BapaNordin Johari
Alma materUniversiti Malaya (LLB)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin (lahir 30 November 1958) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-15 dari 2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah bekas Menteri Pengajian Tinggi (2008–2013). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permas (N. 43). Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO. Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi Kerajaan Perpaduan 2022.

Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Anak kepada pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

YB Dato' telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

Khaled ketika menjawat Menteri Pengajian Tinggi dalam lawatan ke India

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Khaled telah memulakan tugasnya dalam Jemaah Menteri apabila Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi telah melantiknya bagi menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari tahun 2004 hingga tahun 2008 dan kemudian sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2009 lalu. Seterusnya beliau dilantik pula oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi meneruskan tugas beliau di kementerian yang sama dari tahun 2009 hingga tahun 2013 lalu.

Beliau kemudiannya bertanding di kerusi Dewan Negeri Johor untuk Permas pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 bagi negeri Johor dan memenangi kerusi tersebut dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Johor bagi menggantikan Abdul Ghani Othman.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau tewas dalam merebut kerusi Parlimen Pasir Gudang dan tewas juga di kerusi Dewan Negeri Johor untuk Permas dalam Pilihan raya negeri Johor 2018 lalu.

Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kota Tinggi Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 25,410 Ridhwan Rasman PN (BERSATU) 17,020 8,390
Onn Jaafar PH (AMANAH) 4,903
2018 Pasir Gudang Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 36,889 Hassan Abdul Karim PH (PKR) 61,615 24,726
Ab. Aziz Abdullah PAS 6,278
Chee Jock BEBAS (KERETA) 227
2008 Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 35,849 Md Rizan Mohd Saman PKR 18,568 17,281
2004 Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 38,123 A. Razak Ahmad PKR 7,002 31,121
1999 Johor Bahru Mohamaed Khaled Nordin BN (UMNO) 38,707 A. Razak Ahmad PRM 14,149 24,558
1995 Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 40,141 Zahrah Mohd Yusof S46 6,023 34,118
Tan Tien Lim PBS 4,165
1990 Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 29,480 Jaafar Onn S46 16,814 8,166
Ismail Wanjor BEBAS 930

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Permas Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 20,047 Che Zakaria Mohd Salleh PH (BERSATU) 28,793 8,746
Abdul Aziz Abdullah PAS 4,181
2013 Mohamed Khaled Nordin BN (UMNO) 23,952 Syed Othman Abdullah PAS 18,200 5,752

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Khaled Nordin dilantik Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Rnggt, Dicapai pada 1 Mei 2020
  2. ^ "Sarawak Honours List 2008". The Star Online. 5 November 2008. Dicapai pada 12 October 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
2013 – 2018
Penyandang Kemudian
Abdul Ghani Othman Osman Sapian
Penyandang Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
2008 – 2013
Penyandang Kemudian
Mustapa Mohamed Idris Jusoh
Penyandang Terdahulu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia
2004-2008
Penyandang Kemudian
Mohamed Nazri Abdul Aziz
Noh Omar