Pergi ke kandungan

Daerah Kecil Padawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Padawan
Daerah Padawan yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Padawan
Daerah Padawan
Koordinat: 1°09′45″N 110°15′30″E / 1.16250°N 110.25833°E / 1.16250; 110.25833Koordinat: 1°09′45″N 110°15′30″E / 1.16250°N 110.25833°E / 1.16250; 110.25833
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
BahagianBahagian Kuching
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Padawan
 • PengerusiCr. Tan Kai
 • Jumlah ahli42 orang
Keluasan
 • Jumlah1,771.3 km2 (683.9 batu persegi)
Penduduk
 (2022)
 • Jumlah389,257
 • Kepadatan220/km2 (570/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Padawan ialah sebuah daerah yang terletak di wilayah Sarawak, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Kuching yang merangkumi Lundu, Sematan, Kuching, dan daerah Bau.[2] Pekan pentadbiran bagi kawasan daerah ini ialah Kota Padawan. Ia terletak di bawah Daerah Kuching. Walau bagaimanapun, seiring dengan pembangunan yang strategik dan mampan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak, maka kawasan Daerah Padawan kini mengalami transformasi perbandaran yang sangat pesat dan lebih moden.

Padawan pada mulanya telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah kecil pada 11 Ogos 1983. Ibu pejabat bagi kawasan daerah kecil Padawan pada masa itu adalah terletak di Teng Bukap, sebelum ianya dipindahkan ke ibu pejabat baharunya di Kota Padawan. Pada tahun 1980-an, daerah kecil ini hanya mempunyai satu sistem jalan raya iaitu laluan jalan raya Jalan Padawan yang menghubungkan daripada Pasar Tapah sehingga Kampung Abang. Menjelang awal tahun 1990-an, sistem perhubungan jalan raya mula dinaiktaraf serta dilaksanakan sepenuhnya, sekaligus dapat menghubungkan antara kawasan Padawan dengan kawasan terdekatnya iaitu Kota Sentosa dan Kem Penrissen, sebelum laluan akses jalan raya berjaya dikembangkan sehingga ke kawasan Batu Kawah pada tahun berikutnya.[3]

Pembangunan daerah Padawan (yang merangkumi kawasan Kota Padawan, kawasan Landeh, Batu Kitang, Batu Kawah, Stapok, Moyan, dan sebahagian kawasan di Siburan) secara rasminya dimasukkan dalam pelan pembangunan strategik dan mampan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) mulai tahun 2023 sehingga kini. Ianya merangkumi :

  • Pembangunan kawasan-kawasan bandar baharu yang lebih moden, bersepadu, kompleks, dan berimpak tinggi.
  • Pembangunan ekonomi yang lebih cekap dan berdaya maju.
  • Pemerkasaan dan pembangunan keusahawanan untuk golongan belia dan golongan wanita.
  • Pembangunan sistem teknologi digital termasuk transformasi teknologi kecerdasan buatan (A.I.), digitalisasi kewangan, dan memperluaskan liputan jaringan internet kelajuan tinggi.
  • Memantapkan pembangunan pendidikan rendah, pendidikan menengah, dan pendidikan pra-universiti di kawasan daerah Padawan.
  • Pemeliharaan ekosistem semula jadi serta mengekalkan keseimbangan biodiversiti alam di Sarawak.
  • Mengutamakan penggunaan teknologi hijau dan mesra alam seperti penggunaan elektrik berkuasa tenaga solar, penggunaan bas berkuasa hidrogen, serta penggunaan kenderaan elektrik (EV).
  • Menjamin dan melindungi keselamatan masyarakat komuniti daripada sebarang kegiatan jenayah dan kegiatan vandalisme.

Daerah Padawan merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat dalam kawasan Bahagian Kuching. Dalam bahagian Kuching, hanya ada dua daerah kecil iaitu Padawan serta Sematan. Ia berjiran dengan Daerah Tebedu di timur, sempadan negara jiran Indonesia di selatan, dan kawasan Daerah Bau di barat.

Daerah Padawan mempunyai keluasan sebanyak 1,771.3 kliometer persegi (atau bersamaan 683.9 batu persegi). Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di kawasan Padawan ialah Sungai Semedang dan Sungai Serin. Kawasan tanah di sekitar Padawan adakalanya kebanyakan masih berbukit-bukau.

Demografi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan satu tinjauan umum yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, jumlah penduduk dalam kawasan daerah Padawan adalah seramai 389,257 orang penduduk. Daripada jumlah tersebut, masyarakat berbangsa Melayu adalah sebanyak 138,864 orang penduduk. Ini diikuti oleh masyarakat berbangsa Iban dengan sebanyak 90,875 orang penduduk. Masyarakat etnik Cina pula hanya berjumlah 62,938 orang, manakala populasi masyarakat etnik Bidayuh adalah sebanyak 60,754 orang. Hanya sekitar 35,826 orang penduduk sahaja adalah berasal dari pelbagai etnik lain, termasuk etnik Orang Ulu, etnik Melanau, etnik Kenyah, etnik minoriti Hindu, dan etnik minoriti Sikh.

Jumlah populasi penduduk mengikut etnik pada tahun 2022
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 389,257 Melayu 138,864
2 Iban 90,875
3 Bidayuh 60,754
4 Cina 62,938
5 Lain-lain etnik 35,826
6 Warganegara asing Tiada data

Berdasarkan satu tinjauan umum yang juga dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada tahun 2022, setakat di kawasan daerah Padawan sahaja, sebanyak 138,902 orang penduduk adalah kebanyakannya beragama Islam. Manakala 155,618 orang penduduk lagi adalah beragama Kristian. Sebanyak 48,620 orang penduduk adalah beragama Buddha dan hanya 15,381 orang penduduk mengamalkan agama Taoisme. Jumlah penduduk yang beragama Hindu di kawasan daerah Padawan hanyalah sekitar 3,829 orang.

Jumlah populasi penduduk di daerah Padawan mengikut agama pada tahun 2022
No. Kategori Jumlah (orang) Agama Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 389,257 Islam 138,902
2 Katolik Anglikan 28,733
3 Roman Katolik 126,885
4 Buddha 48,620
5 Taoisme 15,381
6 Hindu 3,829
7 Sikhisme 8,560
8 Bahaisme 731
9 Mazuisme 9,284
10 Lain-lain agama 8,332
  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2022.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2022. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  3. ^ "Ringkasan Pejabat Daerah | Daerah-Daerah Kecil | Daerah Kecil Padawan". Pejabat Daerah Kuching. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-01. Dicapai pada 20 Julai 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]