Siti Mastura Muhammad

Yang Berhormat Dr. Siti Mastura Muhammad (lahir 27 Ogos 1989) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan PAS Negeri Pulau Pinang.


Siti Mastura Muhammad

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kepala Batas, Pulau Pinang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh
Reezal Merican Naina Merican
Majoriti2,867 (PRU-15)
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia
Dalam jawatan
2021–2023
Didahului olehZuraida Md Noor
Digantikan olehMardhiyyah Johari
Butiran peribadi
Lahir (1989-08-27) 27 Ogos 1989 (umur 35)
Permatang Tinggi C, Pinang Tunggal, Pulau Pinang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PekerjaanAhli politik, pendakwah bebas

Anak kelahiran Pulau Pinang ini dibesarkan di Kepala Batas, mendapat pengajian awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Keladi, dan sekolah menengah di Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian tinggi di Universiti  Al-Azhar, Mesir (Shariah Islamiah -Sarjana) dan Universiti Sains Malaysia (Pengurusan Pembangunan Islam-Sarjana Muda & Doktor Falsafah).[1]

Pendidikan

sunting
  • Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Pembangunan Islam dari Universiti Sains Malaysia

Memenangi 'Anugerah Tesis Terbaik' bertajuk Konsep Kepenggunaan Wasatiyyah berdasarkan Al-Quran: kajian tafsir Al-Mawduiy

  • Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islamik Universiti Sains Malaysia
  • Sarjana Muda Pengkhususan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas

Latar Belakang Pekerjaan

sunting

Setelah menamatkan pengajian di Peringkat Doktor Falsafah, beliau bertugas sebagai seorang Timbalan Mudirah di Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Pulau Pinang (PPTSAT) dan Guru Besar  Sekolah Ren Islam Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang (SRITSAT). Beliau juga pernah bekerja sebagai Pensyarah serta Guru Takmir di Pulau Pinang.

Pengalaman dalam pertubuhan kemasyarakatan

sunting

Beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan sejak di bangku sekolah. Beliau pernah terlibat dengan:

  • Persatuan Nisa Pulau Pinang
  • Persatuan KRL Pulau Pinang
  • Persatuan Suri Pulau Pinang
  • JIM Pulau Pinang
  • ISMA Pulau Pinang
  • HALUAN

Penglibatan Politik

sunting

Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam politik setelah dilantik sebagai Pengarah Untit Pulau Pinang yang merupakan salah satu badan di dalam Dewan Walauntit PAS Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Untit Malaysia pada sesi 2021/2023 untuk terus menerajui Untit dalam menjadikan masyarakat, terutamanya untit muda untuk lebih celik dalam politik.

Tuduhan fitnah terhadap pemimpin DAP

sunting

Dalam ceramah politik Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman pada 4 November 2023, tanpa mengemukakan sebarang bukti, Siti Mastura telah membuat kenyataan kononnya ahli politik DAP Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang mempunyai hubungan kekeluargaan (sepu...pu) dengan mendiang Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew serta bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, serta menuduh mereka menyebarkan ideologi komunis melalui sistem cadre. Beliau juga mendakwa ahli politik DAP Teresa Kok merupakan sepupu kepada isteri Guan Eng, Betty Chew. Dalam ceramahnya, Siti Mastura turut mengubah sebutan nama Lee Kuan Yew kepada "Lim" Kuan Yew dalam percubaannya untuk mengaitkan Perdana Menteri Singapura tersebut dengan keluarga Lim. Akibat dakwaan tersebut, Guan Eng telah memberi kata dua kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti terdapatnya pertalian darah antara keluarga Lim, Chin Peng, dan Lee Kuan Yew, ataupun berhadapan dengan tindakan mahkamah, namun Siti Mastura enggan memberi kerjasama.[2]

Setelah laporan polis dibuat, Siti Mastura telah diarahkan memberi keterangan kepada pihak polis.[3] Pada 29 November 2023, Siti Mastura akhirnya disaman tiga pemimpin DAP yang difitnahnya.[4] Setelah kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan melalui proses pengantaraan (mediation) yang diperintahkan mahkamah, tarikh perbicaraan ditetapkan pada bulan September 2024.[5]

Keputusan Pilihan Raya

sunting

Parlimen

sunting
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kepala Batas Siti Mastura Muhammad PN (PAS) 28,604 Reezal Merican Naina Merican BN (UMNO) 25,737 2,867
Danial Abdul Majeed MUDA 14,214
Hamidi Abu Hassan GTA (BERJASA) 747
2018 Siti Mastura Muhammad PAS 12,120 Reezal Merican Naina Merican BN (UMNO) 22,459 4,736
Zaidi Zakaria PH (AMANAH) 17,723

Rujukan

sunting
  1. ^ "Academic awards USM" (PDF).
  2. ^ "Beri bukti saya ada hubungan keluarga dengan Kuan Yew, Chin Peng". Berita Harian. 7 November 2023
  3. ^ Dakwaan fitnah Guan Eng, Siti Mastura ke Bukit Aman esok. Berita Harian. 13 November 2023
  4. ^ Fitnah: Tiga pemimpin DAP saman Siti Mastura. Astro Awani. 29 November 2023
  5. ^ Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan. Astro Awani. 15 Mei 2024

2. https://pru.sinarharian.com.my/calon/6563/siti-mastura-muhammad